#Hiburan: 2 Minggu Hilang, Ejen Kosmetik Diculik Ke Thailand Akhirnya Diselamatkan

Berita gembira, ejen jualan produk kosmetik bernama Rosnazirah Mohd Naim yang dikhabarkan kena culik dan dibawa ke Thailand berjaya diselamatkan.

Mangsa yang berumur 36 tahun itu difahamkan berjaya ditemui kerana pertolongan antara pihak berkuasa Thailand dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, individu berjaya diselamatkan kerana kerjasama kuat antara Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand serta tidak lupa juga perkongsiaan maklumat yang berjaya mengenalpasti lokasi keberadaan wanita itu di Thailand.

Dalam kes ini juga seramai tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur.

Dalam pada masa yang sama, Acryl Sani mengucapkan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Thailand serta kedutaaan Malaysia di negara terbabit kerana berusaha bersama-sama menyelesaikan kes yang terjadi ini.

Sekadar info, sebelum ini tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan ejen kosmetik tersebut dibawa lari beberapa orang lelaki dengan menaiki kereta Toyota Vios.

Difahamkan juga dari laporan berita, suami mangsa telah ditahan oleh pihak polis kerana disebalik kejadian yang berlaku ini disebabkan perselisahan di antara sindiket dadah yang dilakukan.

2 minggu lalu

(VIDEO) "Bapa Nak Selamatkan Tapi Diacu Pisau Rambo" - Ejen Kosmetik Dilarikan Tiga Lelaki Dari Rumah

The post 2 Minggu Hilang, Ejen Kosmetik Diculik Ke Thailand Akhirnya Diselamatkan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments