#Hiburan: “Menjerit & Tidak Terkawal” – Restoran Dikecam Kenakan Caj Tambahan RM30 Jika Anak Buat Bising

Sebuah restoran telah mendapat perhatian orang ramai apabila mengenakan caj tambahan RM30.00 ke atas pelanggan sekiranya anak mereka membuat bising sehingga mengganggu pelanggan lain.

Menerusi sebuah tangkap layar mesej, sepasang suami isteri telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan polisi terbaharu tersebut. Difahamkan, pelanggan berkenaan telah membuat tempahan dan meminta kerusi bayi disediakan.

Advertisement

Namun, pihak restoran telah memaklumkan kepada pelanggan tersebut bahawa hanya ruang kereta sorong bayi yang disediakan, manakala kerusi bayi tidak disediakan memandangkan restoran itu bukan tempat yang mesra kanak-kanak.

Jelas pihak restoran, kanak-kanak masih dialu-alukan untuk berada di restoran namun caj tambahan akan dikenakan jika kanak-kanak menjerit atau tidak terkawal sehingga mengganggu pelanggan lain.

Difahamkan, polisi itu dikenakan apabila pihak restoran menerima pelbagai aduan daripada pelanggan lain mengenai gangguan yang diterima daripada pelanggan yang membawa anak.

Kami telah menerima banyak aduan tentang kanak-kanak berlari tanpa pengawasan atau mengganggu meja lain.

Selain itu, pihak restoran turut berpendapat bahawa perkara itu bukan sahaja berbahaya kerana pelayan yang membawa makanan panas dan barangan tajam, malah tidak menghormati pelanggan lain yang mungkin ingin menjamu selera dengan keadaan tenang dan selesa.

Kami minta tak lebih daripada rasa hormat antara semua tetamu kami, tapi kami sedih ada beberapa pelanggan yang mungkin rasa lebih berhak daripada yang lain.

Menurut laporan Mothership, polisi terbaharu itu telah dilaksanakan oleh restoran Angie’s Oyster Bar & Grill, yang terletak di Bangunan Tan Boon Liat di Outram Road, Singapura.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nasi goreng pattaya
3 jam lalu

“Sampai Ke Tahap Tu” - Gadis 'Complain' Nasi Goreng Pattaya Sendu, Pemilik Restoran Buat Laporan Polis

The post “Menjerit & Tidak Terkawal” – Restoran Dikecam Kenakan Caj Tambahan RM30 Jika Anak Buat Bising first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments