Penyanyi meningkat naik, Masya Masyitah baru-baru ini menjadi bualan netizen setelah memuat naik satu posting di laman Instagram miliknya.
Dalam entri tersebut, dapat dilihat Masya memakai baju turtleneck yang digandingkan dengan jumpsuit pada bahagian luar.
Ekoran itu, outfit berkenaan mendapat kecaman warganet yang menganggap Masya seperti memakai ‘baju dalam’ di luar.
“First time tengok orang pakai bra dekat luar,” ujar seorang warganet.
“Kot ye pun pakai bra tak payahlah kat luar alahai,” tambah seorang pengikutnya.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang respon yang diberikan oleh pelantun lagu Simpanan itu terhadap kata-kata negatif yang dilemparkan oleh netizen.
Sekadar info, Masya sebelum ini pernah dikecam oleh warganet kerana penampilannya menindik bahagian hidung yang dianggap merosakkan imej Islam.
The post “First Time Tengok Orang Pakai Bra Dekat Luar” – Gara-Gara Pakai ‘Jumpsuit’, Netizen Kecam Fesyen Masya Masyitah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments