#Hiburan: Hanya Perlu Jadi Kreatif, Watsons Tawar Lebih RM30K Untuk Anda Yang Suka Review Produk!

Pernah tak scroll media sosial dan tengok content orang buat review produk. Haa, kita kalau boleh nak elak, tapi lagi elak, lagi banyak kita jumpa. Bukan apa, takut teracun nak beli dan cuba semua produk tersebut.

Tahu tak, sebenarnya dengan review produk, kita bukan saja dapat kongsikan pengalaman jujur, malah dapat membantu orang lain yang tengah ‘usha’ produk tu. Kan bagus tu!

Advertisement

Alang-alang tengah cakap pasal review produk ni, ada berita gembira untuk anda yang suka review produk. Watsons sedang mencari content creator untuk #SuperKakiWatsons, siap tawarkan wang tunai, hadiah serta kontrak bernilai lebih RM30,000! Biar betul?!

Hanya Perlu Hasilkan Video Mengikut Kreativiti Tersendiri!

Kalau anda berminat untuk join #SuperKakiWatsons ni, hanya perlu ikut 3 langkah mudah ini saja. 

Langkah 1: 

Rakamkan video anda review produk Watsons Brand. Lagi menarik kalau anda buat review di ruangan #SuperKakiWatsons yang tersedia di 50 kedai Watsons yang terpilih di Malaysia. Klik DI SINI untuk senarai tempat.

Langkah 2: 

Serlahkan sisi unik anda dalam masa 60 saat. Anda boleh review menggunakan pelbagai bahasa dan loghat yang difahami dan mudah untuk anda bertutur. Haa, review menggunakan 10 bahasa pun boleh, mengikut kreativiti tersendiri!

Langkah 3: 

Muat naik video yang dihasilkan di Instagram atau TikTok berserta hashtag #SuperKakiWatsons dan tag @watsonsmy .

Haa, senang je kan? Kalau anda ketandusan idea untuk mula rangka video review anda, jangan risau, ini antara video contoh yang anda boleh ambil inspirasi!

Haa, anda boleh buat review seperti di atas yang mana anda pergi ke cawangan Watsons yang terdekat dan review produk Watsons mengikut kreativiti anda.

Anda juga boleh buat review seperti ini yang mana anda mencuba sendiri produk tersebut dan ceritakan kepada penonton pengalaman anda menggunakan produk tersebut. Confirm menarik!

Kalau anda buat review cara-cara menggunakan produk Watsons pun nampak best tau! Barulah buat orang rasa nak beli dan cuba~

Tunggu apa lagi, rebut peluang keemasan ni sekarang! Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Watsons atau ikuti media sosial Facebook, Instagram, Telegram dan TikTok.

The post Hanya Perlu Jadi Kreatif, Watsons Tawar Lebih RM30K Untuk Anda Yang Suka Review Produk! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments