#Hiburan: “Saya Suka Sebab Dia Kelakar” – Jarak Usia 22 Tahun, Isteri Nafi Berkahwin Dengan DDNK Sebab Duit

Siapa tidak kenal dengan tagline ‘Tak Hensem Tak Apa Janji Kaya’ yang sering kita dengari di corong radio.

Sejak beberapa hari yang lalu, nama Datuk Dr Mohd Nazri Khan atau DDNK hangat menjadi bualan netizen di media sosial selepas dia berkahwin dengan pelajarnya sendiri.

Advertisement

Dek kerana jarak usia mereka 22 tahun, segelintir netizen mendakwa isterinya, Tuan Nor Ernie Rosemerie Tuan Zahari berkahwin dengan DDNK kerana wang.

ddnk
20 jam lalu

"Harap Tiada Lagi Drama Skandal" - Pakar Saham Kahwini Pelajar Di Thailand, Bekas Isteri Buat Ucapan 'Khas'

Bagaimanapun, tuan empunya badan telah pun menafikan tuduhan tersebut dan mengakui jatuh cinta pada suami selepas DDNK tidak berputus asa dan sanggup bertemu ibu bapanya.

Jelasnya, pada awal perkenalan dia tidak mengenali siapakah DDNK sehinggalah dia membuat carian di internet. Malah, sejak awal lagi sudah ramai yang mengata tentangnya dan DDNK.

Ketika ditemu bual majalah Pesona Pengantin, Ernie berkata dia memang menyukai lelaki yang kelakar dan ciri itu ada pada suaminya.

Saya suka dia sebab dia kelakar. Saya tak boleh, saya suka. Saya suka orang kelakar. Setiap kali kita berborak dia mesti buat ‘loyar buruk’ dia tu.”

@pengantinmy

Pandai bergurau pula isteri DDNK ni. Comel je bila Datin Tuan Ernie kata DDNK ‘loyar buruk’! Tonton video penuh di Youtube dan FB Pesona Pengantin.

? original sound – Pesona Pengantin – Pesona Pengantin

 

The post “Saya Suka Sebab Dia Kelakar” – Jarak Usia 22 Tahun, Isteri Nafi Berkahwin Dengan DDNK Sebab Duit first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments