Baru-baru ini, viral di aplikasi TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap sebuah kedai mencuci kereta di Taman Pelangi, Johor Bahru.
Menerusi video tersebut, wanita itu mendakwa pemilik kedai mencuci kereta itu mengutamakan pelanggan negara jiran telah mengundang kemarahan orang ramai.
Malah, pekerja kedai cuci kereta itu turut didakwa hanya menerima kenderaan dengan plate pendaftaran dari Singapura dan memaklumkan kedai tutup sekiranya kenderaan tersebut mempunyai plate pendaftaran Malaysia.
Daripada jauh staff dia dah jerit tutup, sorang lagi dah geleng-geleng kepala. Tak toleh pun.
Tambahnya lagi, dia turut berasa kecewa terhadap sikap pekerja kedai berkenaan yang dianggap angkuh dan sombong terhadap pelanggan tempatan dan dilayan seperti anjing.
Kau nak ambik kereta plate Singapore je, plate Malaysia mana nak layan.
@nh.sams Banyakk lagii aku nak bebel sebenarnyaa tapi tuu laa budak kecikk nii tak reti duduk diam dapat record sikit jee ? #johorbahru#fyp#fyp??viral#viraljohorbahru#sakithati
Meninjau di ruangan komen, perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya mengecam sikap pilih kasih pemilik kedai berkenaan dan ada juga segelintir penduduk tempatan yang berkongsi pengalaman sama.
Selalu kedai macam ni tak lama sis sabar je – Netizen.
“Tempat ni memang.. aku pakai Axia je.. and aku yang paling awal sampai.. ehh dia utamakan plate kuning yang datang lagi lambat dari aku,” tulis seorang pengguna TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Dari Jauh Dah Jerit Tutup” – Kedai Cuci Kereta Di JB Didakwa Pilih Kasih, Hanya Terima Pelanggan Singapura first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments