Baru-baru ini, tular mengenai sebuah hantaran video memaparkan pelakon dan model iaitu Nasha Aziz yang menerima sebuah jambangan bunga dipercayai pemberian daripada seorang jejaka di sebuah set pengambaran.
Enggan mendedahkan identiti jejaka berkenaaan, Nasha atau nama sebenarnya Noraishah binti Abdul Aziz akhirnya mengakui dirinya kini sedang dilamun cinta.
Menurut Nasha, mereka baru berkenalan selaman sembilan bulan dan menyifatkan jejaka itu menepati ciri-ciri lelaki idamannya.
Mestilah bunga itu dari orang yang menyayangi saya. Kalau orang sayang mesti dia hargai kita dengan pemberian begitu. Itulah tanda cinta!
Kami baru kenal sembulan bulan. InsyaAllah… dia menepati lelaki idaman saya tapi kami perlu kenal lebih rapat lagi.
Dalam pada itu, pelakon berusia 51 tahun itu memohon orang ramai agar mendoakan hubungan mereka ada pengakhiran yang baik.
Soal perancangan untuk ke fasa seterusnya, itu kewajiban kan. Tapi kenalah doa dulu. InsyaAllah semestinya yang baik-baik.
@xtra_my Wowww, siapa yang bagi Nasha Aziz bunga tu? ?? #fyp #xtramy #nashaaziz #bunga #kerabatdiraja #tontonmy #beritaditiktok #sembangentertainment
Menurut laporan Mstar, Nasha ditemui selepas majlis pelancaran filem seram terbaharu lakonannya berjudul Talbis Iblis bertempat di Panggung Asia pada Khamis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Dia Menepati Lelaki Idaman Saya..” – Nasha Aziz Akui Sedang Dilamun Cinta, Terima Jambangan Bunga Setiap Hari first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments