Tular di media sosial TikTok awal minggu ini apabila seorang wanita dilihat melompat keriangan setelah keluar dari pejabat agama di negara jiran.
Ketika menghampiri kamera yang merakam aksinya, wanita itu menunjukkan surat cerai dan talak yang menandakan urusan perpisahan antara keduanya sudah selesai secara rasmi.
Malah, tiada riak sedih atau menyesal ditonjolkan wanita itu seperti yang biasa kita tengok setelah terjadinya perceraian atau perpisahan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tidak kira di Malaysia atau Indonesia tampil membuat andaian sendiri memandangkan wanita itu tidak menjelaskan mengenai situasi sebenar di video tersebut.
Kata netizen, wanita itu mungkin gembira setelah terlalu lama menderita berkahwin dengan orang yang salah.
Saya yakin dia teramat bahagia setelah dilepaskan dengan rasminya. Apatah lagi kalau dapat laki kaki songlap bini.
Ada pula netizen yang membuat spekulasi bahawa wanita berkenaan ingin berkahwin lain dan gembira setelah urusan perceraian selesai.
Ni memang nak kahwin lagi ni. Patut lah happy. Hahaha
Agak-agak sebab apa ya wanita tu gembira sampai macam tu sekali kan?
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post (VIDEO) “Dah Lama Derita Kot”- Melompat Keriangan Setelah Bercerai, Wanita Ini Bahagia Dapat Tukar Ke Status Janda first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments