Apabila sudah bergelar ibu bapa, mempelajari ilmu parenting ini sememangnya penting, lagi-lagi pasangan yang menunggu hari kelahiran bayi sulung mereka kerana ianya sebagai langkah persediaan.
Bagaimanapun, kisah duka yang dikongsikan oleh seorang wanita ini lain pula ceritanya apabila baru saja bergelar sebagai ibu, dia panik bila mendapati kesan buruk memberi anak makan biskut Marie.
Bayi beliau yang baru berusia 3 hari itu mengalami bengkak dada setelah diberi tiga kali sehari biskut terbabit oleh ibu mentuanya.
Akibat terlalu mengikuti cara penjagaan orang dahulu kala yang sudah biasa memberi makanan pejal sebelum usia 6 bulan, ibu ini mengakui berasa menyesal kerana mengakibatkan anaknya jadi seperti itu.
Belajar dari kesilapan, kini wanita itu lebih peka mengambil tahu pemakanan anak dan menurutnya lagi, beliau pernah melarang ibu mentuanya memberi makanan tersebut, tetapi dimarahi semula.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen menyuruh wanita itu untuk lebih berkeras dengan ibu mentuanya di masa akan datang dan mengucapkan rasa syukur kerana kini anaknya sudah pulih.
The post “Zaman Dulu Macam Ni” – Mak Mentua Degil Suap Biskut Pada ‘Newborn’, Ibu Tegur Anak Sakit Tapi Dimarahi Semula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments