#Hiburan: (VIDEO) Suami Tak Lepas Tangan Isteri, Tenang Sebelum Lafaz Talak Di Mahkamah

Setiap perkahwinan yang dibina pastinya ingin berkekalan sehingga ke syurga.

Namun, jika takdir dan takdir jodoh sesebuah perkahwinan itu hanya setakat itu sahaja, mungkin itu yang terbaik untuk sesuapa yang menghadapinya.

Advertisement

Tular di media sosial TikTok apabila perkongsian wanita bernama @ennajasz ini telah mengundang hiba apabila kisah penceraiannya dilihat berakhir dengan baik kerana kedua-duanya masih mampu berpegangan tangan ketika menunggu giliran di mahkamah.

Masih terlihat romantis, Ena memaklumkan keputusan untuk bercerai itu diambil berbulan lamanya dan mereka suami isteri mengambil langkah untuk memutuskan hubungan kelamin secara matang.

Advertisement

Dalam video tersbeut, bekas suaminya kini masih menjemput Ena untuk bersarapan dan sempat bersarapan bersama-sama serta berpengangan tangan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga netizen yang tertanya-tanya apakah sebab mereka berdua bercerai kerana masih dilihat seperti menyanyangi antara satu sama lain.

TikTokSumber : TikTok 

Tapi ada juga yang berpendapat bahawa ada pasangan memilih untuk bercerai dan berpisah kerana itu adalah jalan yang terbaik demi kebaikan masing-masing.

“Kadang-kadang ada pasangan akan jadi lebih baik bila berpisah tapi bukan ketika bersama. Janji anak tak terabai hati tak sakit.” komen seorang netizen.

Betullah tu, kadang-kadang tu sayang tak semestinya memiliki..

Doktor bagi bunga cengkih
8 jam lalu

"Nak Lagi Real Ko Gigit Je.."- Lelaki Ini Jumpa Doktor Nak Ambil Ubat Batuk Sekali Dapat Bunga Cengkih

The post (VIDEO) Suami Tak Lepas Tangan Isteri, Tenang Sebelum Lafaz Talak Di Mahkamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments