Nama yang sudah tidak janggal lagi untuk didengari iaitu Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM yang juga merupakan usahawan jamu penuh dengan kontroversi ‘panas’.
Akibat sering dikelilingi dengan isu-isu hangat, ibunya iaitu pelakon veteran Normah Damanhuri juga terpalit sama, dimana netizen menuduh beliau tidak tahu untuk menjaga anak.
Menjawab tuduhan orang ramai berkenaan ibunya, Kak KM berkata pelakon terbabit sudah banyak kali menegur dia kerana memuat naik video yang boleh mencetuskan kontroversi, namun diabaikan kerana fikir ia merupakan caranya membuat marketing.
View this post on Instagram
Awal-awal dulu saya block Instagram mak saya supaya dia tak tengok video saya tapi baru-baru ni, saya buka balik.
Menurut usahawan itu lagi, Normah sering memantau apa yang dimuat naik oleh dirinya di media sosial dan jika ia melampaui batas, beliau akan menelefon Kak KM untuk segera dipadam.
Sedar akan kecaman orang ramai, Kak KM turut berkata kepada pihak mStar bahawa dia tidak kisah dengan kata-kata netizen dan meminta mereka untuk tidak sibuk hal keluarga orang lain.
Sebelum ini, Kak KM sering kali menaikkan amarah orang ramai dengan posting yang dilakukan olehnya, dimana netizen anggap keterlaluan serta tidak senonoh untuk dipandang umum.
The post “Pergi Lantaklah!” – Sering Dituduh Tak Reti Jaga Anak, Kak KM Rupanya ‘Block’ IG Normah Damanhuri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments