#Hiburan: “Musa Kini Mahram Saya..”- Rawatan IVF & IUI Tak Menjadi, Noh & Mizz Nina Ambil Anak Angkat

Penyanyi dan juga aktivis media sosial, Mizz Nina ada mengumumkan satu berita gembira kepada peminat apabila dia dan suami telah mengambil seorang anak angkat setelah 11 tahun hidup berumah tangga.

Perkara tersebut dikongsikan Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Binti Azman menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Mizz Nina dilihat berada di samping suami, penyanyi Noh Hujan sambil mendukung seorang bayi namun tidak mendedahkan wajah si kecil itu.

Dia kemudian memperkenalkan bayi itu sebagai anak angkat mereka yang diberi nama Musa itu kepada peminat.

Advertisement

Ini adalah sebuah perjalanan yang panjang dengan saya telah melalui pelbagai proses rawatan dari IVF, IUI dan pembedahan akhirnya Allah memberi kami ‘hadiah’ yang lebih manis.

Cerita Mizz Nina lagi, Noh telah memberi idea untuk mengambil anak angkat dan dia mengambil masa setahun untuk bersedia sebelum menerima kehadiran orang baru.

Jelasnya lagi, misi kemanusiaan yang disertainya selama ini turut membuka mata dia sebagai seorang manusia di mana masih lagi ramai anak-anak kecil di luar sana yang tidak memiliki keluarga yang sempurna.

Dia juga mengucapkan rasa syukur dan menganggap kehadiran Musa sebagai anugerah terindah yang dikurniakan Allah S.W.T kepada mereka berdua sebagai suami isteri.

Sekadar info, Mizz Nina dan Noh telah mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Iqram Dinzly Mona Allen
2 hari lalu

(VIDEO)"Ingatkan Dah Tak Psiko" - Iqram Dinzly Menangis Teresak-Esak Dituduh 'Meroyan' Oleh Mona Allen Gara-Gara Babak Cekik

The post “Musa Kini Mahram Saya..”- Rawatan IVF & IUI Tak Menjadi, Noh & Mizz Nina Ambil Anak Angkat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments