Tinggal lebih kurang beberapa bulan sahaja lagi bagi umat Islam untuk menyambut Ramadan dan kemudiannya, Hari Raya Aidilfitri.
Seolah sudah menjadi kebiasaan, ada yang sudah mula mencari dan ‘mengintai-intai’ baju raya pilihan untuk digayakan pada tahun ini.
Namun, jika anda membelinya secara atas talian, pastinya sedikit sukar kerana kebanyakan model-model yang menggayakan baju raya ini adalah terdiri daripada ‘mat saleh’ dan bukannya orang tempatan.
Kecoh di media sosial semalam apabila seorang pereka fesyen terkenal dihentam netizen kerana memberi jawapan ‘lebih kurang’ gara-gara disoal mengenai keperluan menggunakan model warga asing dalam rekaannya.
Xpe takyah beli ? Alhamdulillah kalau xnak beli. Atleast saya cuba jaga aurat model melayu
— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) February 28, 2022
Soal netizen, mengapa perlu menggunakan khidmat model antarabangsa sedangkan ramai model tempatan yang cantik manis dan lebih sesuai dengan gaya dan ukuran orang Malaysia.
Pereka fesyen itu kemudian membalas dengan alasan berbunyi “Tak apa tak payah beli. Alhamdulillah kalau tak nak beli. Sekurangnya saya cuba jaga aurat model Melayu.”
Jawapannya itu sekaligus mencetuskan rasa kurang senang dan kritikan netizen kerana mereka merasakan model tempatan boleh mengenakan tudung jika alasan menjaga aurat menjadi sebab model antarabangsa digunakan dalam setiap iklan baju raya.
Kita hidup dalam masyarakat majmuk, tanah orang asli, Baba & Nyonya serta jutaan orang yang cantik tidak kira muslim atau bukan muslim. Ramai model muslimah di luar sana tapi tak boleh cari model tempatan, nak juga model orang putih.
Dalam pada itu, ada juga yang mencemuh dengan mengatakan model dijaga kebajikan auratnya tapi tidak pula buat para pembeli baju-baju raya itu. Kata netizen, lebih baik guna patung mannequin saja kerana lebih menjimatkan.
Macam-macam la ya!
The post “Kenapa Mesti Orang Putih?” – Pereka Fesyen Dikecam Bagi Jawapan ‘Lebih Kurang’ Isu Model Baju Raya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments