#Hiburan: 31 Hari Sebelum Menjelang Ramadan, Ini ‘Warm-Up’ Anda Boleh Buat Sebagai Persediaan

Sedar tak sedar, bulan Ramadan bakal tiba tidak lama lagi dan umat Islam bakal menyambut bulan tersebut dalam masa 31 hari saja lagi.

Jadi bagi membuat persediaan dalam menyambut bulan yang mulia itu, ini antara amalan yang boleh dilakukan sebagai persiapan untuk memantapkan lagi rohani anda.

Advertisement

1. Lengkapkan solat

persediaan bulan ramadan

Sedia maklum, solat merupakan tiang agama buat umat Islam, namun tidak dapat dinafikan masih ada sesetengah pihak yang mengambil ringan mengenai hal ini.

Jangan risau, anda masih belum terlambat untuk melakukan perubahan kerana manusia sememangnya akan belajar dari kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

Advertisement

2. Solat awal waktu

persediaan bulan ramadan

Selepas sudah cuba memenuhi solat fardhu yang ‘ditinggalkan’ itu, sekarang ini apa yang perlu dilakukan adalah solat diawal waktu biarpun cuma seminit awal saja.

Nampak ‘seminit’ macam sikit, tapi kerana usaha pasti akan membuahkan hasil!

3. Memperbanyakkan istighfar

persediaan bulan ramadan

Pepatah ada mengatakan lidah itu tajamnya sama seperti sebilah pedang, sehubungan dengan itu, kata-kata kita tanpa disedari mampu menguriskan hati seseorang.

Untuk elakkan perkara sedemikian berlaku, sebaik-baiknya perbanyakkan zikir serta istighfar yang mana mampu memberikan ketenangan dalam hati.

Advertisement

4. Mengawal nafsu

persediaan bulan ramadan

Hal ini tidak dapat dipisahkan pada seseorang yang suka berbelanja, tetapi apa kata anda cuba tanya diri anda sama ada ia merupakan satu keperluan atau sekadar memenuhi nafsu anda.

Bukan ingin menghalang anda untuk berbelanja, cuma harus sentiasa beringat semasa membeli.

5. Banyakkan ibadah sunat

persediaan bulan ramadan

Biarpun ibadah sunat merupakan perkara yang tidak wajib dilakukan, tetapi jika dilaksanakan maka Inshallah ganjaran (pahala) yang akan diperoleh jadi berganda. Contoh macam membaca Al-Quran ataupun sedekah.

6. Menjaga kesihatan diri

persediaan bulan ramadan

Yang terakhir, sentiasa menjaga kesihatan diri sebelum tibanya bulan Ramadan dan anda boleh mula perbanyakkan pengambilan kurma, kismis atau susu bagi menambah tenaga.

kebaikan buat yang telah pergi
1 minggu lalu

Mahu Gembirakan Orang Tersayang Yang Telah Dijemput Ilahi? Ini Antara Kebaikan Yang Anda Boleh Buat

The post 31 Hari Sebelum Menjelang Ramadan, Ini ‘Warm-Up’ Anda Boleh Buat Sebagai Persediaan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments