Satu pertanyaan daripada seorang netizen ini nampaknya berjaya mencuri tumpuan netizen terutamanya peminat drama Korea berikutan tajuk-tajuk drama negara itu kedengaran lebih ‘sedap’ didengar berbanding drama-drama Melayu.
Sebagai contoh, tajuk drama Korea seperti Descendants of The Sun, Move to Heaven, Fight for my Way, The Heirs dan banyak lagi.
Kata pengguna Twitter itu lagi, drama tempatan di negara kita kedengaran sangat mengarut dan menjadi bahan ketawa penonton, sebagai contoh, Abang Bomba I Love You, Playboy Itu Suami Aku dan lain-lain.
Namun, ciapan itu mendapat respon berbeza daripada pengguna media sosial yang lain kerana ada yang beranggapan bahawa rakyat Malaysia sebenarnya ‘double standard’ dan sering membanding-bandingkan antara drama Korea dan drama Melayu.
Korang punya double standard… padahal sama je kalau translate dalam bm. Doktor Hantu, Cariku dalam Memorimu, Kita Semua Mati, Ramalan Cinta & Cuaca, Dua Puluh Lima Dua Puluh Satu, Tiga Puluh Sembilan, Ayahku Pelik, Gadis Gagah Do Bong Soon, Bidadari Angkat Berat.. https://t.co/7lnnanlvEt
— wawa (@hidayatulnajwa7) February 27, 2022
Komen @hidayatulnajwa7 ini, tajuk drama Korea jika dialih bahasa kepada bahasa Melayu juga kedengaran ‘mengarut’ dan tidak masuk akal.
Malah, ramai juga yang mengatakan peminat drama Korea ini kebanyakannya taksub dan fanatik serta sering menganggap siri kegemaran mereka sebagai yang terbaik dan sempurna.
Tapi betul juga kan, kalau diubah pun lebih kurang je ‘hauk’nye..
The post “Double Standard La Korang..” – Netizen Pertikai Tajuk Drama Melayu Tak Sedap, ‘Translate’ Title K-Drama Pun Sama Je? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments