#Hiburan: (TAKZIAH) Gmie Screen Meninggal Dunia Akibat Penyakit Buah Pinggang Berlubang

Penyanyi terkenal sekitar tahun 90-an, Gmie daripada kumpulan Screen dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Kid Search
2 minggu lalu

(TAKZIAH) Isteri Kid Search Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

Advertisement

Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun akibat menderita penyakit buah pinggang berlubang.

Gmie ScreenSumber : Google  

Berita duka itu dimaklumkan anak perempuan Allahyarham Gmie, Siti Hadirah yang dihubungi Astro Awani bagi mengesahkan perkara itu.

Ujar Siti, bapanya itu berada dalam keadaan kurang sihat serta tidak mempunyai selera makan beberapa hari sebelum dia meninggal dunia.

Arwah juga sebelum ini pengsan di rumah sebelum ahli keluarga yang lain menghubungi ambulans untuk dibawa ke hospital.

Advertisement

Abah pengsan sebab kekurangan darah. Keluarga buat keputusan bawa Allahyarham ke hospital. Semasa dirawat di hospital, keadaan abah stabil dan sempat buat panggilan video.

 

Namun, dalam jam 1.30 pagi tadi, doktor hubungi kami dan maklum bahawa abah kritikal sebelum abah menghembuskan nafas terakhir.

Arwah Gmie sebelum ini mula mencipta nama dan menjadi terkenal menerusi penglibatannya dalam kumpulan Screen dan cukup masyhur dengan lagunya yang berjudul Bila Cinta Didusta.

Al-Fatihah diucapkan buat Allahyarham Gmie dan takziah buat ahli keluarga arwah di atas kehilangan tersebut.

The post (TAKZIAH) Gmie Screen Meninggal Dunia Akibat Penyakit Buah Pinggang Berlubang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments