#Hiburan: Tak Mahu Promosikan Filem Sendiri, Penerbit Suhaimi Terkilan Dengan Sikap MK

Penerbit filem Marabahaya Underground, Suhaimi Selamat terkilan terhadap sikap penyanyi dan pelakon, MK K-Clique yang dikatakan tidak memberikan kerjasama terhadap promosi filem itu.

Suhaimi berkata, dia binggung dengan situasi yang berlaku dan berharap dapat menyelesaikan perkara itu supaya tidak mencalarkan imej pihak produksi.

Advertisement

Menurut Suuhaimi, memang sudah tertulis dalam kontrak mengenai bahagian promosi dan pemasaran. Jika MK rasa pihak produksi menggunakan namanya, mereka telah mengambil dia berlakon ketika pengikutnya baru 100,000 ketika tahun 2019.

Cat Farish selaku pengarah yang melihat potensi MK sebagai pelakon dan menyatakan hasrat mengambilnya berlakon. Tidak sangka begini pula jadinya.

Tambahnya lagi, apabila mesej atau telefon hendak berjumpa pun tiada kata putus dari MK, apabila sudah berjanji tidak muncul pula, itu yang lebih menyulitkan keadaan.

Sekiranya dia ingin meminta bayaran lebih untuk promosi, semuanya boleh dibawa berbincang.

Advertisement

Jelas Suhaimi, pihaknya boleh dibawa berbincang sekiranya MK mahukan bayaran lebih dan malas hendak memanjangkan isu, namun ingin tahu apa masalah sebenar yang berlaku.

Dalam masa sama, Suhaimi berkata perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana mampu mencalarkan imej artis itu.

Hairi MK K-Clique
2 minggu lalu

"Ianya Bahasa 'Street'.." MK K-Clique Nafi Guna Bahasa Rempit Dalam Lagu Terbaharu, Sapu Rata

The post Tak Mahu Promosikan Filem Sendiri, Penerbit Suhaimi Terkilan Dengan Sikap MK first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments