Mahkamah Majistret Seremban semalam telah melepas tanpa membebaskan selebriti terkenal, Noor Neelofa dan suami, Muhammad Haris Ismail daripada pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.
Keputusan itu dibuat Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Aling telah menarik balik semua pertuduhan.
Sehubungan dengan itu, mahkamah telah menetapkan tarikh 21 Disember ini bagi membuat keputusan membebaskan kedua-dua tertuduh berkenaan.
Terdahulu, Haris yang dikenali peminat sebagai PU Riz telah didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB iaitu tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka di sebuah kedai menjual karpet bertempat di Nilai 3, pada 2 Mei lalu.
Manakala Neelofa pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu pada tarikh yang sama.
View this post on Instagram
Menurut peguam bela yang mewakili pasangan itu, Tan Sri Muhammad Shafie Abdullah yang ditemui memaklumkan bahawa pihak pendakwaan telah menerima dokumen representasi dan Peguam Negara sudah bersetuju bahawa perkara (melanggar SOP) ini bukanlah isu besar tapi diperbesar-besarkan.
Pasangan itu sebelum ini telah mengaku tidak bersalah di atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.
Jika didapati bersalah, mereka berdua berdepan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
The post Susulan Kes Langgar SOP, Neelofa Dan Suami Dilepaskan Tanpa Dibebaskan Dari Semua Pertuduhan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments