#Hiburan: “Robert Lewandowski Lebih Layak..” Ibrahimovic Tak Setuju Messi Menang Anugerah Ballon d’Or 2021

Pemain bola sepak terkenal, Zlatan Ibrahimovic memaklumkan bahawa dia tidak bersetuju Lionel Messi diangkat sebagai pememang Ballon d’Or 2021 yang diumumkan pada hari Isnin lalu, seperti dilaporkan akhbar Daily Star.

Messi memenangi anugerah Ballon d’Or buat kali ke-7 sempena anugerah untuk pemain terbaik dunia.

Advertisement

Di sebalik kejayaan itu, ramai bintang bola sepak dan pemain industri  berpendapat bahawa ada pemain lain yang lebih layak merangkul anugerah tahunan itu.

Ini berikutan nama penyerang pasukan bola sepak Bayern Munich, Robert Lewandowski dikatakan lebih layak diangkat sebagai pemenang.

Malah, Zlatan juga berpendapat bahawa Robert lebih layak menerusi kenyataan ketika sesi temu bual dengan Corriere della Sera, setelah berlangsungnya anugerah itu.

Ujarnya, hubungan dia dan Messi adalah baik dan berpendapat pemain bola sepak kelahiran Argentina itu sebagai seorang yang profesional dan ‘hidup’ untuk bola sepak.

Advertisement

Tetapi Lewandowski lebih layak menerima Ballon d’Or tahun ini.

Sekadar info, Lewandowski telah menjaringkan 64 gol dalam 54 perlawanan iaitu untuk kelab Bayern Munich dan skuad kebangsaan Poland pada 2021 serta turut memenangi gelaran Bundesliga ke-9.

Shahidan Kassim
2 jam lalu

Nama Tak Disebut Ketika Perlawanan KL City VS JDT, Shahidan Kassim Kata 'Sokay'

The post “Robert Lewandowski Lebih Layak..” Ibrahimovic Tak Setuju Messi Menang Anugerah Ballon d’Or 2021 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments