Sebuah gambar yang memaparkan wajah Duchess of Cambridge, Kate Middleton mempunyai kesan-kesan ‘lebam’ telah mencetuskan kekecohan dikalangan pengguna media sosial.
Gambar isteri Duke of Cambridge, Putera William yang terlihat muka dipenuhi dengan ‘luka’ dan ‘parut’ itu didakwa digunakan dalam sebuah iklan sosial yang berkaitan dengan keganasan rumah tangga.
Walau bagaimanapun, media tempatan Daily Mail UK memaklumkan gambar berkenaan digunakan tanpa kebenaran.
Doctored image of ‘abused’ Kate Middleton in domestic violence campaign was used without Palace permission
via https://t.co/iDmtTZl3Op https://t.co/ryT0cmM9sL— ImageKingUSA (@ImageKingUSA1) November 28, 2021
Menurut laporan The Sun, poster gambar yang mempunyai kapsyen berkaitan dengan keganasan rumah tangga itu ditampal di perhentian bas dan bangunan di Itali serta Sepanyol.
Selain gambar Kate, kempen iklan sosial itu turut mengunakan wajah Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris, Permaisuri Sepanyol, Ratu Letizia dan ramai lagi golongan ternama.
Difahamkan, tujuan pelukis Itali, AleXsandro Palomobo menghasilkan kempen iklan sosial itu adalah untuk menarik perhatian ahli politik berhubung respon teruk tentang masalah keganasan melibatkan jantina.
Bagaimanapun, tindakan tersebut telah mencetuskan perasaan kurang senang dari pengguna media sosial yang menyifatkan ia bukan sebagai bahan jenaka dan rata-rata meminta agar iklan itu diturunkan.
Selain itu, kami kongsi artikel trending pada pautan di bawah.
The post Kecoh Di Media Sosial, Wajah Kate Middleton Penuh ‘Luka’ Dan ‘Parut’? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments