Mungkin resolusi hidup baharu, penyanyi rap terkemuka Caprice berkata dia enggan lagi dikenali dengan nama tersebut setelah bergelar suami dan bapa kepada seorang anak.
Ujar Caprice, dia kini ingin dikenali secara rasmi sebagai ‘Daddycap’ atau nama sebenarnya, Ariz Ramli.
Mendirikan rumah tangga bersama ibu tunggal anak satu yang juga merupakan seorang usahawan, Caprice berkata anak tirinya, Aleesya Sofia memanggil dirinya dengan panggilan Daddycap.
Kalian boleh panggil saya dengan nama penuh ‘Ariz Ramli’. Ini kira nama pentas baru saya selepas berkahwin. Jadi tak usah panggil saya Caprice lagi selepas ini. No more.
Turut mengulas lanjut mengenai kehidupannya selepas berkeluarga, Ariz mengakui banyak tanggungjawab baru yang memerlukan perhatian daripada dirinya kini.
Ingin memastikan isteri dan anak tirinya hidup selesa dan baik, Ariz menganggap cabaran yang dihadapi sangat berbeza dan dia ingin mengambil peluang tersebut bagi memperbaiki diri.
Perkembangan terkini, Ariz memaklumkan bahawa dia akan melancarkan dua buah lagu baharu tidak lama lagi iaitu Tiger of Al Quds dan single khas yang didedikasikan buat anaknya, Aleesya Sofia berjudul Ayah.
Sekadar info, Ariz telah mendirikan rumah tangga bersama Farra Inalis,26, sekitar pertengahan November lalu secara senyap-senyap tanpa pengetahuan media dan peminat.
The post ‘No More’ Caprice, Mahu Dikenali Sebagai Daddycap Atau Ariz Ramli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments