Sewaktu menghadirkan diri dalam sesi Town Hall sempena dua tahun pentadbiran Kerajaan Madani, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab sindiran berhubung keputusannya tidak mengambil gaji sebagai ketua kerajaan.
Menurut PMX, biarpun dia menaikkan gaji penjawat awam sebagai tanda penghargaan, tetapi gaji para menteri masih kekal sama tanpa dinaikkan.
“Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah,” kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.#AWANInews pic.twitter.com/g1q2NhA7gq
— Astro AWANI (@501Awani) November 23, 2024
Malah, gaji menteri dipotong sebanyak 20 peratus dan keputusan PMX tidak mengambil gaji itu mencerminkan dirinya prihatin dan komitmen kepimpinannya terhadap cabaran ekonomi yang dihadapi oleh rakyat.
Aneh tau, kita tak ambil. Elaun ahli Parlimen kita ambil. Azizah pun ada elaun Parlimen. Campur-campur okaylah. Saya bukan miskin, batik pun cantik baru. Tapi demikianlah, politik picisan yang ada. Tidak hargai langkah.
Susulan disindir mengenai tidak mengambil gaji, beliau sempat berkata dalam nada bergurau bahawa barangkali dirinya perlu mengambil gaji pada tahun hadapan.
The post Disindir Tak Ambil Gaji, Ini Balas PMX – “Aneh Tau.. Mungkin Tahun Depan Saya Kena Ambil Balik” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments