Usahawan kosmetik kontroversi, Safiey Illias meluahkan rasa bengang apabila dia didakwa berhutang RM30,000 oleh bekas kekasihnya sendiri, lapor Harian Metro.
Safiey atau nama sebenarnya Mohd Saifuddin Illias memaklumkan bahawa individu tersebut turut memalukan dirinya seperti mengatakan dia miskin dan mengutip duit syiling untuk hidup.
Jelas Safiey, dia hanya meminjam wang sebanyak RM1,000 bukanlah RM30,000 seperti yang didakwa bekas kekasihnya itu.
Kenapa dia kena fitnah cakap saya hutang sampai RM30,000? apa saya tahu, RM1,000 dia pernah bagi pinjam. Lagi pula selama kami bersama berapa banyak dia kikis duit saya.
Dalam pada itu, Safiey menerusi beberapa hantaran di Instagram turut mendedahkan bahawa individu berkenaan telah disaman kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Safiey sempat menyampaikan pesanan kepada netizen di luar sana tidak membeli ubat ‘drip’ dan produk suntikan pemutih yang dijual di internet kerana boleh menyebabkan sakit buah pinggang kronik.
The post Didakwa Hutang RM30,000, Safiey Illias Bengang Difitnah Bekas Kekasih first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments