Penyanyi rap dan komposer, Kmy Kmo berpandangan bahawa terdapat segelintir usahawan yang sengaja mengadakan lagu-lagu untuk mencetuskan kontroversi sedangkan memberi impak negatif pada industri muzik tanah air.
Namun, Kmy memberitahu yang terdapat juga usahawan yang memberikan 200% komitmen untuj cuba menghasilkan karya yang terbaik dengan impak yang positif daripada pendengar.
Contohnya lagu Iqbal Zulkefli yang bertajuk Hujan. Lagu itu bagi saya lagu yang bagus, yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik yang bagus.
Kmy turut menambah bahawa peratusan sambutan pendengar yang positif menerima lagu tersebut adalah baik dan ia adalah satu kejayaan besar untuknya yang pertama kali berkecimpung dalam arena muzik tanah air.
Menurut Kmy, ianya tidak menjadi masalah selagi sesebuah lagu itu dekat di hati pendengar dan topik yang dibawa pula banyak berlaku pada ramai orang.
Tambah Kmy lagi, pendengar adalah tunjang utama untuk setiap karya yang dikeluaran dan lagu tidak akan sentiasa berlagu tanpa kehadiran pendengar.
Lebih memberi warna yang baik jika usahawan di dalam negara dapat hasilkan lagu dengan kualiti yang bagus dan dapat bersaing sebaris dengan lagu-lagu popular yang sedia ada.
Tegas penyanyi lagu 7 Nasihat itu juga, lagu-lagu yang dibuat dan usahakan perlulah memberi impak besar pada fokus yang dituju oleh para usahawan.
Sebagai seorang komposer, Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim turut mengakui yang dia akan dengar sampai habis setiap lagu-lagu dari dalam negara yang keluar dia YouTube miliknya.
Bukan itu sahaja, Kmy juga akan kaji pada sambutan lagu-lagu tersebut berdasarkan reaksi para pendengar di ruangan komen mereka dan sebesar mana impak lagu tersebut pada media sosial.
The post Kmy Kmo Tiada Masalah Usahawan Buat Lagu, Asalkan Lagu Itu Beri Impak Positif first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments