#Hiburan: Fazura Batal Hasrat Bercuti Ke Luar Negara Demi Keselamatan Fatima

Gara-gara penemuan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang lebih berbahaya dan cepat merebak, selebriti jelita, Nur Fazura membatalkan hasrat membawa puteri kesayangannya, Fatima Aisha bercuti ke luar negara.

Lancar Koleksi Baru, Stok Tudung Fazura Licin Dalam Masa 45 Minit
1 bulan lalu

Fazura Lancar Koleksi Baru, Stok Tudung Licin Dalam Masa 45 Minit

Advertisement

Fazura menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya telah memuat naik sekeping gambar yang memaparkan berita luar negara melaporkan tentang penyebaran virus Omicron tersebut.

Maaf Fatima. Nampaknya kita tak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat. Mommy sayangkan awak melebihi segalanya.

Menurut Fazura, dia sekeluarga tidak akan bercuti ke mana-mana dalam masa terdekat ini kerana bimbang akan keselamatan puteri kesayangannya itu.

Advertisement

Perkongsian Fazura yang bertindak bijak tidak melakukan sebarang pergerakan keluar negara untuk bercuti turut meraih perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah meninggalkan komen ringkas pada hantaran tersebut dengan meletakkan emoji tanda bagus seperti memuji tindakan yang dilakukan Fazura dalam melindungi keluarga tersayang.

Fazura & Fatima

Selain Dr. Noor Hisham, ruangan komen hantaran Fazura tersebut juga telah dibanjiri ratusan respon daripada rakan artis dan peminat yang bersetuju dengan tindakan bijaknya itu.

Sekadar info, dunia sekali lagi diancam bahaya apabila berlakunya penularan varian baharu Covid-19 iaitu Omicron yang menular ke banyak negara di seluruh dunia pada hujung November lalu.

The post Fazura Batal Hasrat Bercuti Ke Luar Negara Demi Keselamatan Fatima first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments