#Hiburan: 2 Tahun Tunggu Majlis Konvo, Akhirnya Isteri Beto Kusyairy Kini Bergelar Graduan

Pelakon, Beto Kusyairy meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian isterinya, Tisha Shahar yang telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Teknolohi Mara (UiTM).

Beto atau nama sebenarnya Nurkusyairy Zakuan bin Osman berkata, isterinya terpaksa menunggu hampir dua tahun bagi menghadiri majlis konvokesyen tersebut setelah beberapa kali tertunda akibat pandemik Covid-19.

Advertisement

Menurut Beto, 41, dia juga berasa amat kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh isterinya itu meskipun harus membahagikan masa demi keluarga, pekerjaan dan pelajaran.

Beto Kusyairy

Akhirnya masanya sudah tiba walau bukan konvo biasa. Dia nak sambung lagi, aku cakap bagi otak tu rileks dulu. Usia bukan penghalang insyaAllah.

Pelakon drama KL Gangster Underworld itu berkongsi momen bersejarah tersebut menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan. Moga terinspirasi buat mereka yang berkeinginan ke menara gading.. amin.

Tisha Shahar

Advertisement

Dalam pada itu, Beto turut berharap agar kisah isterinya itu dapat menyuntik semangat buat masyarakat di luar sana untuk terus mengejar cita-cita mereka tanpa memikirkan soal umur.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira dan menitipkan ucapan tahniah buat isteri Beto.

Beto Kusyairi adegan dengan api
2 minggu lalu

"Pelakon Macam Ni Perlu 1 Juta Pengikut Ke?" - Beto Kusyairy Dipuji Ramai Buat 'Stunt' Sendiri

The post 2 Tahun Tunggu Majlis Konvo, Akhirnya Isteri Beto Kusyairy Kini Bergelar Graduan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments