#Hiburan: Faizal Tahir Akui Makin Selesa Hasilkan Lagu Patriotik

Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir mengakui makin selesa menghasilkan lagu patriotik yang mampu menaikkan semangat pendengar.

Faizal Tahir
2 bulan lalu

Giliran Faizal Tahir Bimbing Saudara Baru, Peminat Meremang Tengok Video Ucap Syahadah

Advertisement

Biarpun menyedari yang lagu sebegitu sukar ‘dijual’, namun Faizal memaklumkan yang wang bukanlah keutamaannya dalam menghasilkan lagu genre tersebut.

Suatu kepuasan dalam diri apabila dapat menghasilkan lagu yang boleh memberi inspirasi kepada orang lain. Saya dapat bakar semangat mereka untuk melakukan sesuatu yang positif.

Menurut Faizal, dia perlu lakukan sesuatu kepada pendengar dan masyarakat dalam usia sekarang ini dan dia bersyukur kerana diberi peluang untuk tujuan tersebut.

Advertisement

Faizal turut memberitahu yang dia tidak kisah jika lagu tersebut tidak boleh dijual asalkan misi menyalurkan mesej berguna kepada pendengar tercapai.

Perkara tersebut dimaklumkan Faizal menerusi sebuah sidang media pelancaran single terbarunya berjudul Jalan yang dilangsungkan secara virtual baru-baru ini.

Faizal Tahir

Sekadar info, lagu ciptaan dan nyanyian Faizal tersebut turut menampilkan kolaborasi 15 artis ternama dan baharu daripada generasi berbeza.

Artis ternama yang terlibat termasuklah Dayang Nurfaizah, Sufian Suhaimi, Aziz Harun, Luqman Faiz, Danial Chuer dan Fieya Julia.

Selain itu, Penyanyi generasi baharu yang terbabit adalah Firdaus Rahmat, Daniesh Suffian, Aniq Iffat, Aisha Retno, Ajoi Zainal, Khodi, Haikal Farid dan ERIN CTJ.

The post Faizal Tahir Akui Makin Selesa Hasilkan Lagu Patriotik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments