#Hiburan: Ernie Zakri Masih Mampu Nyanyi Nada Tinggi Biarpun Sedang Sarat Hamil

Penyanyi Ernie Zakri yang kini hamil tujuh bulan masih ligat dan gigih membuat persembahan, malah tetap mampu menyanyikan nada tinggi dengan baik.

Ernie Zakri & Maryam
2 minggu lalu

Kritik Cara Maryam You Narae Jalani Proses Pantang, Ini Reaksi Ernie Zakri

Advertisement

Menurut Ernie, dia tidak boleh menyanyi langsung sebenarnya pada awal kehamilan dan trimester kedua kerana alami muntah-muntah dan cepat penat namun sudah selesa apabila naik ke akhir trimester kedua.

Itu sebab saya boleh ambil dan terima tawaran menyanyi.

Ernie juga memberitahu bahawa satu lagi faktor yang membuatkan dia boleh menerima tawaran menyanyi adalah kerana rasa gian ingin menyanyi sentiasa ada dalam dirinya walaupun sudah hamil.

Advertisement

Tambah Ernie, mungkin ada orang tidak suka menyanyi ketika hamil tetapi dia lebih suka di atas pentas dan disebabkan itu dia memilih untuk tidak menolak tawaran yang diterima.

Dalam pada itu, Ernie turut memaklumkan yang dia mahu lepas geram dahulu kerana mengetahui yang dia selepas ini akan cuti agak lama serta hampir dua bulan untuk berpantang.

Ernie Zakri

Namun, Ernie tetap menegaskan yang keutamaanya sekarang ini masih lagi untuk menjaga kesihatannya.

Ujar Ernie lagi, doktornya juga mencadangkan dirinya supaya jangan kerja terlebih kuat dan menyuruhnya banyakkan latihan dan jalan supaya senang bersalin.

The post Ernie Zakri Masih Mampu Nyanyi Nada Tinggi Biarpun Sedang Sarat Hamil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments