#Hiburan: Digelar ‘Pucuk Tua’, Hasrat Harith Iskander Jadi Pembantu Peribadi DS Vida Tidak Kesampaian

Tular di media sosial sebelum ini apabila usahawan kosmetik terkenal sedang ‘memburu’ pembantu peribadi dengan tawaran gaji lumayan bernilai RM10,000 sebulan.

Syarat-syarat yang ditetapkan DS Vida bagi jawatan itu adalah mestilah seorang lelaki dan juga haruslah kacak sebagai kriteria utama.

Advertisement

Sehubungan itu, ramai lelaki yang ingin mencuba nasib bagi mengisi jawatan kosong tersebut termasuklah personaliti TV, Harith Iskander.

Namun, Harith terpaksa menyimpan hasrat tersebut kerana tidak memenuhi beberapa kriteria yang diperlukan DS Vida.

Advertisement

Baru nak apply, tapi sedar yang saya tak kena dengan semua kriteria. Kalau saya kenal DSV beberapa abad lepas, mungkin perkara akan jadi lain hari ini.

Perkara tersebut turut dikongsikan Harith Iskander menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya sebagai hiburan bersama peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berpendapat Harith tidak sesuai menjadi pembantu peribadi DS Vida kerana sudah lanjut umur dan ‘pucuk tua’.

“Ko tak cukup tasty untuk DSV..lagi pun ko dah pucuk tua..” tulis seorang pengguna media sosial.

Tak mengapalah Harith, mungkin boleh cuba lagi jawatan lain!

BACA: “Saya Tersenyum Dengar Sajat Jadi Tetamu Rancangan Ellen DeGeneres..” – Harith Iskander

The post Digelar ‘Pucuk Tua’, Hasrat Harith Iskander Jadi Pembantu Peribadi DS Vida Tidak Kesampaian first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments