#Hiburan: Askar Dakwa Dibuli, Kena ‘Paw’ Duit Gaji Sampai Habis, Menteri Pertahanan Hishamuddin Ambil Maklum

Semalam, Menteri Kanan Pertahanan iaitu Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa pihaknya akan melakukan siasatan lanjut mengenai dakwaan seorang individu yang mengadu bahawa adiknya menjadi mangsa buli dan dera di sebuah kem tentera.

Perkara tersebut diuar-uarkan Hishamuddin menerusi sebuah hantaran di Twitter rasmi miliknya di mana dia membalas sebuah untaian twit yang dimuat naik seorang pengguna aplikasi itu.

Advertisement

Membalas aduan individu itu, beliau meminta individu tersebut untuk membuat laporan terus kepada pihaknya dengan segera.

Mohon individu disebalik mesej ini untuk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya atau hubungi pejabat saya segera.

Ujarnya lagi, individu tersebut tidak perlu bimbang kerana identitinya akan dirahsiakan sepenuhnya.

Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan. Timbalan Menteri juga diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi.

Advertisement

Tambah Hishamuddin lagi, jika dakwaan itu benar-benar terjadi, tindakan tegas akan diambil.

Tentera buli

Terdahulu, individu tersebut telah membuat aduan di mana dia mendakwa adiknya telah menjadi mangsa buli dan pukul oleh beberapa anggota senior di sebuah kem bujang.

Malah, duit simpanan serta gaji yang diperoleh pada  setiap bulan turut dirampas oleh anggota senior.

Perkongsian individu tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberi contoh kematian kadet UPNM iaitu Allahyarham Zulfarhan sebagai salah satu iktibar dan pengajaran akibat daripada kesan buli.

Perasmian Menara 118
22 jam lalu

PM Bangga 'Lahir' Merdeka 118, Netizen Tak Teruja Dan Anggap Tidak Perlu Dibanggakan

The post Askar Dakwa Dibuli, Kena ‘Paw’ Duit Gaji Sampai Habis, Menteri Pertahanan Hishamuddin Ambil Maklum first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments