#Hiburan: Akui Dah Tiga Tahun Kenal Zul Ariffin, Bekas Pramugari Ini Bikin Peminat Patah Hati

Kecoh seketika di media sosial apabila pelakon Zul Ariffin ada memuat naik swafoto bersama seorang gadis cantik di laman Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

Zul Ariffin
1 minggu lalu

Zul Ariffin Sedia Beri Tunjuk Ajar Kepada Pelakon Baru, Asalkan Mereka Sedia Buang Ego & Berdedikasi

Advertisement

Ia sekaligus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat hero malaya itu mengenai status hubungannya bersama wanita berkenaan.

Enggan mencetuskan kontroversi, wanita yang dikenali sebagai Sharleen itu tampil menjelaskan hal yang sebenar.

Advertisement

Ujar Sharleen atau nama sebenarnya Sabrina Sharleen,24, dia dan aktor itu sudah mengenali antara satu sama lain sejak tiga tahun yang lalu.

Namun begitu, hubungannya bersama Zul hanyalah sebagai kawan biasa, tidak lebih daripada itu.

Sebenarnya saya dengan Zul dah berkawan lama sejak tiga tahun lalu dan pernah jumpa beberapa kali. Ada satu hari tu saya cakap dekat dia apa kata satu hari biar saya berlakon drama, saya nak belajar.

Jadi ya betul, dia tolong saya jadi pelakon tambahan untuk drama Tarik Aku Ke Syurga.

Sharleen yang ditemui mStar juga mengakui foto tersebut telah mengundang spekulasi dalam kalangan netizen namun niatnya hanya ingin mengusik pengikut Instagram miliknya yang rata-rata meminati Zul.

“Saya tak sangka pula ramai kecewa dan anggap benda itu benar. Tapi jangan risau, dia (Zul) masih single. Saya dengan dia memang tak ada apa-apa.” jelas Sharleen lagi.

Dia yang sebelum ini pernah bekerja sebagai pramugari sebuah syarikat penerbangan turut teruja dan berharap agar penglibatannya dalam industri hiburan dapat diterima ramai.

Menganggap dirinya masih baru dan ingin mencari pengalaman, Sharleen berkata dia akan terus meneroka dengan lebih banyak lagi mengenai perihal industri seni tanah air.

The post Akui Dah Tiga Tahun Kenal Zul Ariffin, Bekas Pramugari Ini Bikin Peminat Patah Hati first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments