#Hiburan: Aksi Sekumpulan Wanita ‘Rider’ Basikal Persenda OKU Bangkit Amarah Netizen

Belum reda dengan isu seorang pemuda berlakon sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU), timbul lagi satu isu yang membuatkan hati orang ramai yang menonton video tular itu membuak-buak dengan kemarahan.

Ia tentang satu video yang tular di Twitter baru-baru ini, dimana beberapa orang wanita yang berpakaian seperti penunggang basikal berlakon seperti orang cacat semata-mata untuk menggunakan tandas khas untuk OKU di sebuah stesen minyak.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, turut kedengaran suara individu merakam video terbabit yang hanya tertawa melihat perlakuan rakan-rakannya itu.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mengecam tindakan sekumpulan wanita terbabit dan menganggap kelakuan yang dibuat sungguh memalukan.

Advertisement
Twitter marah wanita berlakon OKUSumber : Twitter 

Selepas mengetahui hal yang dilakukan itu telah tular dan menaikan kemarahan orang ramai, salah seorang individu daripada rider basikal itu telah memohon kepada orang ramai serta berkata tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina mana-mana pihak.

wanita berlakon OKU mohon maafSumber : Twitter 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Lelaki berlakon OKU parking
2 jam lalu

Tular Video Berlakon Jadi OKU, Pemuda Dalam Video Tampil Mohon Maaf Kepada Yang Tersinggung

The post Aksi Sekumpulan Wanita ‘Rider’ Basikal Persenda OKU Bangkit Amarah Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments