#Hiburan: Mental Iman Suhana ‘Koyak’ Mengandung Pada Musim Covid-19

Pelakon popular Iman Suhana yang kini sedang hamil lima bulan risau apabila banyak kematian dan komplikasi yang berlaku kepada segelintir wanita hamil ketika negara sedang dilanda pandemik.

Advertisement

Iman atau nama sebenar Norsuhana Mohamad Wahid berkata walaupun menerima khabar gembira atas kehamilan kedua, dia mengakui dilanda paranoid kerana mengandung ketika kes jangkitan Covid-19 sedang meningkat.

Iman Suhana

Pelakon yang terkenal menerusi drama Takdir Yang Tertulis itu berkata dia disahkan hamil sekitar Mei lalu tetapi ketika mendapat berita gembira ini, mental Iman agak ‘koyak’ kerana banyak membaca tentang perkara tidak sesuai untuk wanita mengandung pada musim Covid-19.

Disebabkan itu, saya berehat sebentar daripada media sosial. Tanpa sedar, berita sebegitu boleh mematahkan semangat ibu-ibu yang sedang hamil sehingga memberi kesan kepada kandungan.

Iman, 31, berharap agar semua wanita yang sedang hamil terus kuat semangat dan jangan hiraukan kata-kata negatif orang lain.

Advertisement

Iman turut berkongsi alahan yang dialaminya teruk berbanding ketika hamil anak pertama. Menurutnya, tiga bulan pertama dia hanya mampu terbaring saja, asyik muntah dan tidak boleh bau masakan seperti bau tumisan dan bau badan suami sendiri.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post Mental Iman Suhana ‘Koyak’ Mengandung Pada Musim Covid-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments