#Hiburan: “Kami Tidak Pulang Ke Kuala Lumpur Tetapi…” – Tak Serik Meskipun Ditangkap Rejim Haram, Zainal Rashid Teruskan Pelayaran Ke Gaza

Aktivis kemanusiaan dan bekas wartawan, Zainal Rashid Ahmad atau ZRA memaklumkan beliau bersama sembilan lagi aktivis Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 akan meneruskan pelayaran ke Gaza, Palestin.

Menurut Zainal Rashid, mereka yang sebelum ini dibebaskan selepas ditahan rejim Israel tidak akan pulang ke Kuala Lumpur, sebaliknya menyambung semula misi kemanusiaan tersebut dari Istanbul, Turkiye.

Advertisement

“10 orang sihat, walaupun menerima pelayanan buruk di atas kapal. Tapi kami konsisten, singgah di Istanbul bukan untuk kembali ke Kuala Lumpur. Kami meneruskan pelayaran dari Istanbul ke Gaza,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebook hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya terus bersatu dalam isu Gaza. Zainal Rashid juga meminta kerajaan menghantar nota bantahan bagi mendesak pembebasan dua lagi aktivis, Saif Abukeshek dan Thiago Avila, yang masih ditahan Israel.

Terdahulu, seramai 175 aktivis termasuk 10 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 dilaporkan diculik dan dibawa ke Israel menggunakan kapal milik rejim Israel.

Insiden itu berlaku ketika flotila menghampiri perairan Greece, dengan 21 kapal disahkan dipintas oleh pihak rejim pada jarak kira-kira 80 batu nautika.

Kesemua aktivis yang dibebaskan kemudian dibawa ke Pelabuhan Lera Petra di Kepulauan Crete sebelum menaiki bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Heraklion dan diterbangkan ke Istanbul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tuan zra
2026-04-30 12:51:15

(TERKINI) Tuan ZRA Antara Tiga Rakyat Malaysia Yang Ditahan Tentera Negara Haram

The post “Kami Tidak Pulang Ke Kuala Lumpur Tetapi…” – Tak Serik Meskipun Ditangkap Rejim Haram, Zainal Rashid Teruskan Pelayaran Ke Gaza first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments