Personaliti media sosial, Muaz Zabir mencuri perhatian selepas dilihat membalas komen seorang pengguna Threads yang menegurnya berkaitan satu isu melibatkan individu dikenali sebagai Alip.
Menerusi tangkap layar yang tular, pengguna akaun mawar_merah0510 dilihat meninggalkan komen berbunyi:
“dah la pyondol jantan..alih ckp lembut2 baik2”
Pengguna itu turut bertanya sama ada Muaz sudah membuat permohonan maaf kepada Alip.

“Ko dh mintak maaf dkt alip lum? Teruk btol bini org pun ko nak hentam”
Tidak membalas dengan nada kasar, Muaz menjawab secara ringkas:
“Jangan hitam kan hati sendiri tau. Kesian awak ni.”
Namun, pengguna tersebut sekali lagi membalas dengan mendakwa Muaz tidak mengetahui perkara sebenar.
“Ko jwp laa dh mintak maaf belum dkt alip tu?? Ko mintak maaf dgn media bkn ko dok myondol dgn isteri media..ko myondol bini org..hati ko tu laa hitam. X mikir bini org main sebat je”
Muaz kemudian membalas dengan nada tenang dan meminta individu berkenaan tidak terus membuat andaian.
“Awak mesti bukan alip sebab tu awak tak tahu. Baik awak diam je istighfar banyak banyak okay ”
Perbalahan di ruangan komen itu kemudian mencetuskan perhatian netizen, dengan ada yang memuji cara Muaz menjawab secara tenang walaupun dilemparkan tuduhan. Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan konteks penuh di sebalik pertukaran komen tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post “Bini Orang Pun Nak Hentam” – Muaz Zabir Tenang Balas Komen Netizen Bermulut Jahat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas

0 Comments