#Hiburan: “Itu Tentang Aib, Kehormatan Wanita” – Raja Farah Dan Suami Respon Video Tular Babak Rogol

Tular di Twitter rakaman video memaparkan beberapa orang pelakon lelaki bersama hos membicarakan mengenai watak jahat yang pernah dilakonkan mereka.

Advertisement

Dalam video itu, Fauzi Nawawi dipercayai menceritakan mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal membabitkan pelakon wanita, Raja Farah. Menurutnya, babak tersebut terpaksa dipotong di atas permintaan ibu bapa pelakon wanita itu.

Advertisement

Rakaman yang terlebih dahulu viral di TikTok telah mendapat pelbagai respon daripada netizen. Rata-rata tidak selesa apabila babak itu diceritakan kembali kepada umum.

Perkara itu turut mendapat respon balas daripada Raja Farah dan suami. Dalam sebuah hantaran di Instagram, pasangan ini menganggap perkara itu sangat memalukan.

Menurut suami Raja Farah, rakaman yang disiarkan di kaca TV itu adalah salah di setiap sudut. Ini kerana mereka tidak menjaga aib dan kehormatan wanita.

Untuk namakan secara spesifik, lagi pula menceritakan tentang babak yang saya rasa tidak patut untuk dinyatakan sedemikian. Itu tentang aib dan kehormatan wanita.

Sebagai seorang suami, dia menganggap perkara itu adalah memalukan dan ungkapan yang dinyatakan seumpama ‘orang jahil’.

Mungkin dia terlepas cakap, atau dia jahil atau teruja sedang bercerita. Saya rasa dia mesti menyesal dengan apa yang diucapkannya itu. Kami berlapang dada. Kami beri respon kerana perkara ini sudah viral.

Bagi Raja Farah sendiri, dia mengakui terkesan dengan perkara itu. Dia merasakan seakan dibuka aib dan dirinya tidak dihormati.  Dalam hal ini, pihaknya sudah berlapang dada dan berharap tiada perbalahan berlaku.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

The post “Itu Tentang Aib, Kehormatan Wanita” – Raja Farah Dan Suami Respon Video Tular Babak Rogol first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments