#Hiburan: Teringin Nak Kahwin Lagi, Lufya Omar Senaraikan Sifat Yang Perlu Ada Pada Calon Suami

Pelakon Lufya Omar mengakui dirinya mahu mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas perkahwinan pertamanya dahulu bersama Dr. Che Hafiz kecundang di tengah jalan.

Dia dilihat berkongsikan pendapat itu menerusi segmen Ask Me A Question di ruangan Instagram Storynya, baru-baru ini.

Ada peminat telah tampil bertanyakan soal perkahwinan kepada Lufya dan dia dilihat terbuka dalam menjawab persoalan tersebut.

Advertisement

Dalam pada itu, pelakon drama Bila Hati Telah Hitam itu juga turut menyenaraikan beberapa ciri-ciri yang perlu ada pada bakal suaminya kelak.

Insta Story Lufya Omar

“Nak kahwin, tapi calon yang saya doa belum ketemu lagi. Yang penting ada sifat mujib, sayang anak, penyayang, pegang amanah, tanggungjawab, pemurah dan boleh bagi saya cute babies..”

Meskipun dihimpit kemelut ketika awal tempoh penceraian, Lufya dan bekas suaminya itu nampaknya sudah berdamai demi kebaikan anak sulung mereka, Lana Haura. Sebelum ini, kedua figura ini ada memuat naik sebuah rakaman video di IG reaksi dan gelagat puteri sulung mereka itu ketika bertemu ayahnya. Difahamkan juga, Che Hafiz dan anaknya itu sudah hampir tiga bulan tidak bertemu.

View this post on Instagram

A post shared by Lufya (@lufyalaana)

Sekadar info, Lufya dan bekas suami telah mendirikan rumah tangga pada November 2016 yang lalu sebelum bercerai talak satu pada 17 Jun 2020.

The post Teringin Nak Kahwin Lagi, Lufya Omar Senaraikan Sifat Yang Perlu Ada Pada Calon Suami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments