#Hiburan: (TAHNIAH) Pelakon Filem Mukhsin, Yana Alyahya Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan, Jumaat Lalu

Pelakon filem Mukhsin yang juga anak kepada pelakon senior Fatimah Abu Bakar, Sharifah Aryana telah selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan, Jad Hanif Jimmy dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada hari Jumaat lalu.

Sharifah Aryana yang lebih mesra disapa sebagai Yana,26, difahamkan telah dinikahkan sendiri oleh bapanya, Syed Zainal Rashid Alyahya dalam sebuah majlis serba ringkas tetapi meriah dengan kehadiran saudara mara serta sahabat handai.

Majlis tersebut yang diadakan di rumah Yana itu turut disertai ahli keluarga pengantin lelaki secara atas talian kerana mereka berada jauh di Kuching, Sarawak. Ini berikutan perlaksanaan PKP sebelum ini turut membataskan pergerakan untuk hadir serta perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Advertisement

Berita gembira itu telah diumumkan sendiri oleh Yana menerusi akaun Instagramnnya, kelmarin.

“Alhamdullilah selesai sudah majlis akad nikah. Terima kasih kepada semua yang sempat hadir secara online terutama kepada keluarga di Kuching. InsyaAllah kami akan ke sana nanti.”

Dia yang manis mengenakan busana sedondon berwarna putih dan merah jambu bersama suami kelihatan bahagia di hari bersejarah itu.

Sekadar info, Yana merupakan adik bongsu kepada pelakon Sharifah Aleya, Sharifah Amani dan juga Sharifah Aleysha. Tahniah diucapkan kepada pasangan mempelai!

The post (TAHNIAH) Pelakon Filem Mukhsin, Yana Alyahya Selamat Bernikah Dengan Jejaka Pilihan, Jumaat Lalu first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments