Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat meluahkan rasa terkilan apabila dia menerima mesej yang menyuruhnya bercerai dengan Nabil Mahir dan menikahi pelakon Zul Ariffin.
Ayda yang menerima mesej tersebut menerusi akaun Instagramnnya itu telah memuat naik tangkap layar isi kandungan pesanan itu di ruangan Insta Story miliknya.
Dia yang baru sahaja melayari bahtera rumah tangga tak sampai dua minggu bersama pengacara Nabil Mahir itu ternyata kecewa kerana menerima pesanan sedemikian rupa.
Pemilik akaun dengan nama @amir_akrhonianz itu dilihat telah meminta Ayda berpisah dengan suaminya kini dan memilih Zul Ariffin sebagai teman hidup kerana merasakan itu pilihan yang lebih baik.
“Ceraikan jelah suami awak tu..lagi baik kahwin dengan Zul Ariffin..” tulis individu itu ringkas.
Ayda Jebat tampil memberi respon terkilan dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mungkin hanya menganggap perkara itu sekadar gurauan semata-mata.
Sebelum ini, penyanyi lagu Pencuri Hati itu pernah digosipkan dengan Zul Ariffin ketika bergandingan bersama dalam drama Rindu Awak 200% beberapa tahun lalu. Namun kedua artis ini menafikan bahawa wujud cinta loksai dan mengganggap hubungan mereka hanyalah sekadar teman sekerja.
The post Suruh Cerai Dengan Nabil Mahir Dan Kahwin Dengan Zul Ariffin, Ayda Jebat Terkilan Dengan Komen Peminat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments