#Hiburan: Pernah Menangis Tak Dapat Luang Masa, Siti Sarah Mohon Maaf Kepada Anak-Anak Kerana Terlalu Sibuk Bekerja

Penyanyi Siti Sarah Raissuddin baru-baru ini meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat meluangkan masa bersama sepenuhnya bersama anak-anak di rumah kerana terlalu sibuk.

Mengakui pernah menangis mengenangkan anak di rumah, dia mengakui perkara tersebut terjadi kerana dirinya terlalu sibuk dengan tugas serta kerjayanya sebagai seorang anak seni dan juga usahawan.

Dia yang kini semakin sibuk menguruskan perniagaan bersama suaminya iaitu pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu mengatakan bahawa dia tetap mencari masa untuk meluangkan masa bersama anak-anaknya agar mereka tidak merasa tersisih dan berjauhan dengan dirinya.

Advertisement

“Macam mana Sarah busy dengan kerjaya dan bisnes, Sarah akan tetap cuba curi masa untuk habiskan waktu dengan anak-anak sebab tak nak mereka rasa jauh dengan ibu. Ada satu hari tu Sarah menangis bila tak dapat nak luangkan masa dengan anak-anak. Habis kerja lewat malam, balik je anak-anak dah tidur. Tapi inilah orang cakap pengorbanan untuk pastikan anak-anak Sarah hidup selesa di masa depan.”

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kesetiaan ini turut menzahirkan permohonan maaf buat anak-anaknya kerana sibuk bekerja dan meluahkan perasaan sayang yang tidak berbelah bahagi buat permata hatinya itu.

Sekadar info, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 yang lalu dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata setakat ini.

The post Pernah Menangis Tak Dapat Luang Masa, Siti Sarah Mohon Maaf Kepada Anak-Anak Kerana Terlalu Sibuk Bekerja first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments