#Hiburan: Kini Tular ‘Trend’ Kahwin Usia Muda, Fedtri Yahya Tak Setuju, -“Tak Perlu Berlumba Siapa Paling Awal!”

Mungkin disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kini, urusan perkahwinan melibatkan urusan undang-undang kini telah pun dipermudahkan dan ramai pula pasangan di luar sana mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Fedtri YahyaSumber : Twitter Fedtri Yahya  

Seolah-olah menjadi ‘trend’ kini, ramai golongan remaja telah mengambil keputusan untuk berkahwin di usia muda dan ianya telah membuatkan penulis lirik dan pengacara Fedtri Yahya untuk tampil menyuarakan pendapatnya mengenai isu tersebut.

Fedtri atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri Yahya menganggap bahawa pernikahan di usia yang muda tidak patut menjadi ikutan kerana memikirkan ramai remaja sekarang tidak matang dan kurang berkemampuan.

Advertisement

Dia telah menyuarakan pendapat tersebut menerusi sebuah ciapan di ruangan Twitter dan turut mendapat respon pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Fedtri Yahya TwitterSumber : Twitter Fedtri Yahya  

Malah, Fedtri turut memberitahu bahawa terdapat banyak kes yang melibatkan penceraian di kalangan pasangan muda yang hanya bercerai selepas beberapa minggu berkahwin kerana merasakan diri tidak bersedia selain enggan menanggung sebarang komitmen setelah mempunyai anak.

Tambahnya lagi, tidak perlu ‘berlumba’ untuk menjadi yang terawal dalam perihal ini kerana ianya melibatkan tanggungjawab dan amanah yang berat untuk dipikul buat mereka yang tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan yang kukuh sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Fedtri dan ada juga yang berpendapat bahawa urusan jodoh seseorang itu merupakan rahsia Allah S.W.T.

Komen Fedtri YahyaSumber : Twitter Fedtri Yahya  

Sebelum ini, beberapa kisah mengenai remaja yang masih bersekolah telah berkahwin di usia muda telah mencetuskan ruang kritikan sehingga ianya menjadi tular di media sosial.

The post Kini Tular ‘Trend’ Kahwin Usia Muda, Fedtri Yahya Tak Setuju, -“Tak Perlu Berlumba Siapa Paling Awal!” first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments