Pelakon Saharul Ridzwan mengakui berasa agak kecewa kerana masih ada individu yang berfikiran cetek apabila tampil memperlekehkan usahanya mencari rezeki lebih apabila dia kini mula menceburi perusahaan menjual pisang.
Dia dilihat telah memuat naik tangkap layar sebuah mesej yang diterimanya menerusi Instagram dan dalam kiriman tersebut, individu tersebut berkata bahawa perniagaan menjual pisang itu merupakan sesuatu yang memalukan memandangkan statusnya sebagai seorang artis.
Hanya menjawab kritikan dengan tenang dan bersahaja, Saharul berkata bahawa perniagaan menjual pisang bukanlah sesuatu perkara yang memalukan. Malah, dia tidak kisah melakukan apa jua pekerjaan asalkan ianya rezeki yang halal.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Lagi berapa jam je nak masuk 2021. Apa masih ada ke pemikiran macam ni? Tak apalah. Asal barang jadi rezeki, rezeki yang halal. Kita usaha ke arah tu,”
Sebelum ini, pelakon drama Cinta Sekali Lagi itu ada berkongsikan mengenai projek terbarunya kini iaitu perusahaan menjual pisang berangan. Saharul juga dilaporkan telah berjaya menjual hampir 200 Kg pisang hanya dalam masa 40 minit ketika jualan promosi, baru-baru ini.
The post Kini Jual Pisang, Saharul Ridzwan Tenang Jawab Dakwaan Dirinya Semakin ‘Sendu’ Dalam Industri Seni first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments