#Hiburan: Didakwa Makin Renggang Kerana Tidak Sertai GV5 Bersama Elite, Watie Tampil Perjelas Situasi Sebenar

Pelakon dan juga penyanyi, Watie Sadali tampil menafikan dakwaan bahawa dia kini semakin renggang dengan anggota Elite yang lain kerana dilihat jarang meluangkan masa bersama ahli kumpulan berkenaan.

Elite GV5

Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali turut dihimpit kontroversi berkenaan kerana tidak turut serta menyertai program nyanyian bersama Elite dalam Gegar Vaganza musim ke-5.

Advertisement

Namun, isteri kepada pelakon Joey Daud ini berkata dia dan ahli kumpulannya yang lain masih berada dalam keadaan baik dan berhubungan sehingga kini. Malah, mereka juga sering berinteraksi dalam media sosial.

Tidak menafikan bahawa dia jarang dilihat bersama Elite dalam mana-mana persembahan ataupun projek nyanyian, Watie berkata dia masih belum bersedia untuk kembali menyanyi di hadapan orang ramai seperti dahulu.

Kumpulan Elite

“Kami masih berhubung, cuma saya tak nafikan mungkin dalam mana-mana acara dan projek saya tiada bersama Elite. Misalnya ketika di GV5 lalu, saya belum bersedia untuk buat persembahan di atas pentas. Saya pun sudah lama tak menyanyi, tak mahu memalukan diri sendiri. Jadi adalah lebih baik untuk saya buat keputusan untuk tidak bertanding.”

Watie dalam pada itu menjelaskan bahawa ketika program nyanyian GV5 berlangsung, dia sedang terikat dengan komitmen lakonan, keluarga dan sebagainya. Pada ketika itu, dia berasa agak sukar untuk fokus kepada semua acara dan aktiviti.

Advertisement

Jelas Watie lagi, hubungan dia dengan anggota Elite kekal terjalin namun saling memahami komitmen yang dipikul antara satu sama lain.

Perkembangan terkini, Watie kini sedang sibuk dengan penggambaran drama berjudul Ustazah Biker yang bakal bersiaran di saluran Salam HD pada Februari nanti.

The post Didakwa Makin Renggang Kerana Tidak Sertai GV5 Bersama Elite, Watie Tampil Perjelas Situasi Sebenar first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments