Mengalami gejala seperti sakit tekak, selsema dan demam, pelakon Azrel Ismail nekad untuk melakukan ujian saringan COVID-19 dalam memastikan sama ada dia dijangkiti wabak itu atau tidak, beberapa hari yang lalu.
Azrel difahamkan telah mengambil inisiatif sendiri apabila dia melakukan ujian calitan ataupun ‘swab test’ itu di rumah bersama dengan pakar perubatan yang diiktiraf.
Dimaklumkan juga, Azrel telah mendapat keputusan ujian dan mendapati dirinya negatif wabak merbahaya itu.
View this post on Instagram
“Alhamdullilah, disahkan negatif. Sebenarnya aku dah demam 2-3 hari lepas dengan selesema, sakit tekak, batuk sikit (simptom-simptom COVID-19)..”
Dia dalam pada itu turut memberi nasihat kepada mereka di luar sana agar menjalani ujian calitan seperti yang disarankan Kementeran Kesihatan Malayasia (KKM) memandangkan kes positif yang semakin tinggi.
View this post on Instagram
Sebelum ini, terdapat beberapa selebriti telah melakukan ujian calitan COVID-19 seperti Emma Maembong, Shima Anuar, Puteri Aishah, Elfira Loy dan Alif Satar. Ada di antaranya telah dilaporkan positif wabak itu dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.
The post Alami Gejala Demam,Selsema Dan Sakit Tekak, Azrel Ismail Tekad Buat Ujian Calitan COVID-19 first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments