Penyanyi dan pelakon kesayangan dua buah negara, Bunga Citra Lestari ataupun lebih dikenali sebagai BCL dilihat sedang mengenang ulang tahun kelahiran arwah suami tersayang, aktor Ashraf Sinclair.
Menitipkan ucapan manis dan penuh kasih sayang di ruangan Instagram, Bunga menyifatkan kehadiran arwah dalam hidupnya membuatkan dirinya beruntung dan bertuah kerana memiliki suami seperti Ashraf.
Dalam kapsyen entri tersebut, Bunga turut meluahkan rasa syukur kerana membuatkan dirinya merasa layak dicintai dan disayangi.
“Thank you for making me believe that i am worthy of love.. I am going to love me, like you love me. Happy Birthday, sayang..”
Meninjau ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis mengucapkan Al-fatihah dan turut sama mengenang akan hari kelahiran pelakon berbakat itu.
View this post on Instagram
Mengimbas kembali, Allahyarham Ashraf Muslim telah selamat kembali ke dunia abadi pada 18 Februari yang lalu akibat serangan jantung. Arwah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Kerawang, Jawa Barat, Indonesia dan telah meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki, Noah yang kini berusia 10 tahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments