Seakan kembali mencuri perhatian netizen berkenaan kisah rumah tangganya yang dikhabarkan kini sedang dilanda badai, pelakon Puteri Sarah menerusi Insta Story tampil memuat naik mesej peribadi yang diterima daripada seorang peminat yang berharap pasangan selebriti itu mempertahan perkahwinan mereka.
Meneliti kiriman tersebut secara terperinci, teks tersebut seolah menyeru Sarah dan suaminya Syamsul Yusof supaya tidak berpisah demi kebaikan anak-anak mereka.
“Saya harap sarah dapat pertahankan rumah tangga, dapatkan nasihat dari orang-orang yang positif. Ujian rumah tangga memang besar sebab syaitan pun tak suka bila tengok manusia berkasih sayang dan halal kerana Allah.
Malah individu berkenaan juga turut memberi nasihat agar pasnagan ini sentiasa sabar menghadapi segala cabaran dalam rumah tangga.
“Maaf saya tak tahu apa yang berlaku tapi saya yakin Sarah dan Syamsul dapat hadapi segalanya dengan sabar.”
Membalas mesej tersebut, Puteri Sarah yang terkenal dengan sikap profesionalnya jelas menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat yang mengambil berat mengenai rumah tangganya. Malah tidak ketinggalan mengakui bahawa memang banyak ‘syaitan’ seperti yang diperkatakan.
Terdahulu kecoh di media sosial apabila kelibat Sarah berpakaian serba hitam hadir bersama seorang wanita yang didakwa ibu mentuanya ke bahagian undang-undang keluarga. Rentetan itu, timbul spekulasi bahawa rumah tangganya kini dikhabarkan dalam masalah.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments