Seakan mencuri tumpuan netizen apabila berkongsi momen sewaktu menyertai pertandingan realiti nyanyian One In A Million (OIAM) pada tahun 2006, penyanyi serta pengacara popular Alif Satar kongsi momen tersebut bersama peminat di laman Instagram miliknya.
Alif memuat naik foto bersama teman seperjuangan Faizal Tahir dan Dayang Nurfaizah dengan kapysen ringkas bagi mengenang semula kisah perjuangan mereka dalam industri hiburan tempatan.
“14 years of glow up. Bersama alumni One In A Million @faizaltahir @dayangsayangkamu sejak 2006.”
Lebih menarik, momen tersebut dilihat berulang kembali apabila alumni OIAM tersebut kini berkongsi pentas yang sama iaitu Big Stage 2020.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya dilihat tidak lekang memberikan pujian terhadap bakat besar Alif, Faizal dan Dayang yang kini difahamkan masih popular dengan bakat yang dianugerahkan sehingga membuatkan tiga bintang itu kekal bertahan hingga era ini.
Sekadar informasi, rancangan realiti yang bersiaran selama 18 episod itu merupakan pertandingan menyanyi TV realiti Malaysia pertama yang menawarkan RM 1 juta kepada juaranya. Untuk musim itu, Faizal dinobatkan selaku naib juara apabila tumpas kepada penyanyi Suki Low.
Manakala, Alif pula terpaksa akur menduduki tempat ketiga. Malah, keperitan itu dilalui Dayang apabila beliau diundi keluar sekali gus meletakkan namanya berada di kedudukan keempat pertandingan tersebut.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments