#Hiburan: “Ini Isu Nyawa” – Instafamous Pakai ‘Gelang Pink’ Untuk ‘Prank’? Kerajaan Serah Hal Tersebut Kepada Pihak Polis

Tampil menjelaskan mana-mana individu yang bertindak memakai gelang merah jambu gara-gara untuk tujuan gurauan (prank) boleh dianggap melakukan kesalahan, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan ia merupakan satu kesalahan kerana mempunyai niat untuk menipu orang ramai.

“Ini Isu Nyawa” - Instafamous Pakai 'Gelang Pink' Untuk 'Prank'? Kerajaan Serah Hal Tersebut Kepada Polis

Kata Ismail, individu yang dimaksudkan juga dilihat seolah menipu kerana menggunakan bahan atau peralatan Kementerian Kesihatan untuk tujuan menipu orang ramai.

“Terdapat dua kesalahan. Pertama, jika dia benar-benar dikuarantin dan memakai gelang ‘pink’ untuk keluar, tentunya dia dikenakan tindakan. Kalau tidak dikenakan kuarantin tetapi (semata-mata hanya) memakai gelang tersebut, dia juga menipu kerana menggunakan bahan atau peralatan Kementerian Kesihatan untuk tujuan menipu orang ramai. Dia salah… (kerana) melakukan kesalahan tersebut.”

Menurutnya lagi, beliau difahamkan telah sebulat suara menyerahkan isu terbabit kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

“Ini Isu Nyawa” - Instafamous Pakai 'Gelang Pink' Untuk 'Prank'? Kerajaan Serah Hal Tersebut Kepada Polis

“Terserah kepada polis untuk ambil tindakan. Kami perlu bertanggungjawab. Jangan kita jadikan perkara ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar. Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar.”

Dedah Ismail, isu ini berhubung wabak COVID-19 yang perlu diambil serius dan bukannya perkara yang boleh dijadikan bahan jenaka.

“Ini Isu Nyawa” - Instafamous Pakai 'Gelang Pink' Untuk 'Prank'? Kerajaan Serah Hal Tersebut Kepada Polis

Sekadar informasi, sekitar 15 September lalu, seorang influencer yang dikenali sebagai Chazynash tampil memuat naik video yang menunjukkan dia memakai gelang ‘pink’ ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran.

Bagaimanapun, video yang tular di laman sosial itu telah menimbulkan kontroversi dan menerima kecaman hebat daripada netizen di khususnya netizen di Twitter. Namun, pada Ahad lalu, jejaka tersebut memohon maaf menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya.

Sumber: Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments