#Hiburan: Berkat Titik Peluh Berniaga Cempedak Goreng Tepi Jalan, Hidayah Syukur Kini Miliki Kedai Sendiri

Menzahirkan rasa syukur kerana sudah memiliki kedai sendiri hasil titik peluh berniaga cempedak goreng secara kecil-kecilan di tepi jalan sebelum ini, Balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu NurHidayah dedah berita itu kepada umum menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Berkat Titik Peluh Berniaga Cempedak Goreng Tepi Jalan, Hidayah Syukur Kini Miliki Kedai Sendiri

Menurutnya, beliau amat berterima kasih kepada abangnya yang dikenali sebagai Sir Azmier kerana menolongnya mendapatkan kedai berkenaan. Malah tidak ketinggalan menitip ucapan terima kasih buat kedua ibu bapa yang sentiasa menyokong kerjaya dalam bidang perniagaan.

“Alhamdulillah syukur pada Allah, hari Jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan cempedak goreng Dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini. Terima kasih abg Dayah @sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah & famili tercinta sentiasa doakan serta support Dayah.”

Hidayah difahamkan telah mula memohon untuk mendapatkan kedai tersebut pada 2 Ogos lalu di Majlis Daerah Sabak Bernam.

Berkat Titik Peluh Berniaga Cempedak Goreng Tepi Jalan, Hidayah Syukur Kini Miliki Kedai Sendiri

“Terima kasih juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 dengan cepat.”

Terdahulu, Hidayah memaklumkan, demi menyara keperluan hidup dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, beliau dilihat gigih memulakan perniagaan menjual cempedak goreng secara kecil-kecilan di tepi jalan sejak April lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments