Meskipun ketika ini tumpuan banyak diberikan kepada kisah rumah tangga pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang dikhabarkan sedang dilanda badai, namun kedua-dua mereka dilihat tetap bersependapat menutup mulut dan tidak mahu memberikan sebarang kenyataan perihal tersebut.
Terbaru, Puteri Sarah yang sebelum ini tampil meminta peminat mendoakan kebahagiaan mereka itu dilhat berkongsi satu rasa pada sebuah kapsyen gambar yang dimua naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, perkara itu bagai tidak dapat dipastikan sama ada ianya hasil tulisannya sendiri atau dipetik daripada sumber lain kerana ayat-ayat tersebut lebih kepada Bahasa Indonesia.
“Kamu sedang tidak bersaing dengan siapa-siapa.. Jangan terus bandingkan kehidupanmu dengan kehidupan orang lain. Kita sudah punya porsi masing-masing yang mana semuanya sudah Allah atur.”
Tambah Puteri Sarah lagi, cukuplah sekadar kita menjadi lebih baik daripada diri kita yang sebelumnya dan bersyukur dengan segala yang telah diberikan dalam kehidupan.
“Cukuplah kamu jadi baik dari kelmarin, dari diri kamu yang terdahulu. Cukuplah kamu menjadi dirimu sendiri dengan versi terbaikmu. Lalu bersyukur atas semua itu,”
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Puteri Sarah muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak sehingga mencetuskan pelbagai andaian bahawa rumah tangga pasangan itu kini dalam masalah.
Lebih menguatkan lagi andaian kehidupan pasangan suami isteri ini tidak bahagia, Puteri Sarah juga dilihat tidak lagi mengikuti suaminya di laman Instagram.
Puteri Sarah sebelum ini telah selamat berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam dan Sumayyah yang kini telah berusia setahun.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments